SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG
Oleh kerana ramai antara rakyat di Negeri Sabah yang berpendapatan bawah garis kemiskinan semasa serta tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS, Kerajaan Negeri Sabah terus menyalurkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) untuk membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi rakyat.
Bagaimanakah semakan bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SYARAT UMUM PENERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH
Antara penerima yang layak menerima bayaran SYUKUR Sabah adalah mereka yang memenuhi syarat umum seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pemegang Mykad dengan status ‘H’ (penduduk tetap Sabah); atau
- Bermastautin di Negeri Sabah tidak kurang 1 tahun;
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun & ke atas;
- Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS;
- Pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan negeri semasa (PGK).
JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa mengikut jadual seperti berikut :
| PELAKSANAAN FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac) | Februari 2025 |
| Fasa 2 (April – Jun) | April – Mei 2025 |
| Fasa 3 (Julai – September) | September 2025 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | Oktober – November 2025 |
JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025
Bantuan SYUKUR Sabah untuk Fasa 4 dibayar sekaligus dengan jumlah yang ditetapkan kepada setiap penerima seperti berikut :
| GABUNGAN BULAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Oktober | RM300 |
| November | RM300 |
| Disember | RM300 |
| RM900 (Keseluruhan Fasa 4) |
KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025
Tiga (3) kaedah bayaran SYUKUR Sabah disediakan bagi memudahkan penerima untuk menerima dan menggunakan bantuan sama ada secara tunai mahupun tanpa tunai (cashless).
Antara tiga (3) kaedah bayaran yang disediakan adalah :
| BIL. | KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH |
|---|---|
| 1. | Dikreditkan dalam akaun bank (bagi yang ada akaun) |
| 2. | Diberikan secara tunai (bagi yang tiada akaun bank) |
| 3. | Dikreditkan dalam akaun e-Wallet YONO Superapp |
SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025
Untuk ketahui bayaran SYUKUR Sabah sama ada telah masuk atau belum, sila semak di akaun bank atau melalui aplikasi YONO Superapp. Namun, untuk ketahui status kelayaka sebagai penerima, sila ikuti panduan lengkap di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi PADANS (Sabah) pada pautan di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman utama Portal PADANS akan dipaparkan.
- Lihat di sebelah kanan ‘Semakan Permohonan’
- Terus klik butang [Semak].
- Bahagian Semakan akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
- Berapakah jumlah bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?
- Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 4 dibayar sebanyak RM900 kepada setiap penerima.
- Adakah individu bujang juga layak terima bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?
- Ya, individu bujang yang berumur 18 tahun ke atas serta memenuhi syarat kelayakan juga akan menerima bayaran SYUKUR Sabah.
- Bilakah tarikh bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?
- Pembayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 adalah pada bulan Oktober sehingga November 2025. Namun, tarikh bayaran dimaklumkan kepada penerima sendiri.
- Adakah Bantuan SYUKUR Sabah dimasukkan dalam akaun bank penerima?
- Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dimasukkan mengikut penerima sama ada dalam akaun bank atau aplikasi YONO Superapp atau bayaran tunai.
- Berapa ramaikah yang layak terima bayaran SYUKUR Sabah?
- Bantuan SYUKUR Sabah disasarkan kepada seramai 100,000 ribu rakyat.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang kami tulis dan kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak PADANS seperti berikut :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]