SEMAKAN BAYARAN STR ONLINE (FASA 4 2025 BANTUAN)
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Empat (4) akan disalurkan kepada penerima secara berperingkat mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima, bermula pertengahan Oktober 2025.
Bagaimanakah semakan bayaran str online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR (BANTUAN FASA 4 2025)
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PORTAL SEMAKAN STR ONLINE
Berikut merupakan Portal Rasmi STR untuk semakan status kelayakan dan pembayaran :
PORTAL RASMI STR 2025 | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/ |
SEMAKAN BAYARAN STR ONLINE
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
SEMAKAN AMAUN BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, Fasa 4 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
WAKTU BAYARAN STR MENGIKUT BANK
Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima dijadualkan seperti berikut :
JENIS BANK | WAKTU MASUK BAYARAN |
---|---|
Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
Bank Islam | Selepas 8 malam |
Affin Bank | Selepas 8 malam |
Ambank | Selepas 8 malam |
Maybank | Selepas 9 malam |
Cimb Bank | Selepas 9 malam |
RHB Bank | Selepas 9 malam |
Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
Catatan : kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima ‘Tiada Akaun Bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bilakah tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4?
- Pembayaran STR Fasa 4 akan mula disalurkan bermula 18 Oktober 2025.
- Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima STR Fasa 4?
- Status kelayakan penerima Fasa 4 boleh disemak Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Adakah jumlah bayaran STR Fasa 4 sama untuk semua kategori?
- Tidak. Kadar bayaran diberikan kepada kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan adalah berbeza mengikut kelayakan masing-masing.
- Bagaimana cara terima bayaran jika tiada akaun bank?
- Penerima boleh membuat tuntutan bayaran secara tunai di cawangan BSN berdekatan.
- Bila permohonan STR 2026 dibuka?
- Permohonan STR 2026 dibuka sepanjang tahun bermula 1 Oktober 2025. Namun, untuk STR Fasa 1, 2026 dibuka sehingga 28 November 2025.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]