SEMAKAN BAYARAN SARA 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN SETIAP BULAN (RM200 & RM100 & RM50)

SEMAKAN BAYARAN SARA 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN SETIAP BULAN (RM200 & RM100 & RM50)

Pembayaran Bantuan SARA untuk tahun 2026 akan dilaksanakan setiap bulan selama tempoh 12 bulan bermula pada bulan Januari 2026 sehingga akhir Disember 2026 bagi membantu rakyat yang memerlukan kewangan tambahan setiap bulan.

Bagaimanakah cara semakan bayaran SARA 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 (STR FASA 1) : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA

BILANGAN PENERIMA SARA

Dari tahun ke tahun, Kerajaan memperluaskan pemberian Bantuan SARA dan berikut adalah bilangan penerima yang layak setiap tahun :

  • 2023 : 0.2 juta penerima.
  • 2024 : 0.7 juta penerima.
  • 2025 : 5.4 juta penerima.
  • 2026 : 9 juta penerima.

MEDIUM BAYARAN SARA 2026

Seramai 9 juta penerima akan terima bayaran Bantuan SARA melalui medium yang sama iaitu melalui Kad Pengenalan (KP) dan ianya perlu digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, peralatan sekolah anak dan sebagainya.

JUMLAH BAYARAN SARA 2026

Namun, Bantuan SARA akan dibayar setiap bulan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

👩‍❤️‍👨 KATEGORI ISI RUMAH :

KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN SARA
Isi Rumah Daftar eKasihRM200 sebulan
x 12 bulan
= RM2,400 setahun
Isi Rumah Bukan eKasihRM100 sebulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun

🧑‍🦳 KATEGORI WARGA EMAS :

KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BAYARAN SARA
Warga Emas Daftar eKasihRM150 sebulan
x 12 bulan
= RM1,800 setahun
Warga Emas Bukan eKasihRM50 sebulan
x 12 bulan
= RM600 setahun

🧑‍🦱 KATEGORI BUJANG :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN SARA
Bujang Daftar eKasihRM100 sebulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun
Bujang Bukan eKasihRM50 sebulan
x 12 bulan
= RM600 setahun

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Penerima-penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan SARA untuk tahun 2026 pada tarikh-tarikh seperti senarai berikut :

  • Januari 2026.
  • 1 Februari 2026.
  • 1 Mac 2026.
  • 1 April 2026.
  • 1 Mei 2026.
  • 1 Jun 2026.
  • 1 Julai 2026.
  • 1 Ogos 2026.
  • 1 September 2026.
  • 1 Oktober 2026.
  • 1 November 2026.
  • 1 Disember 2026.

*Nota : Tarikh bayaran untuk bulan Januari akan dikemaskini dalam masa yang terdekat.

SEMAKAN BAYARAN SARA 2026

Bagaimanapun semakan kelayakan dan bayaran Bantuan SARA boleh disemak secara berkala melalui pautan online yang rasmi seperti berikut :

  1. Klik pada pautan rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  3. Kemudian, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
    • *Pastikan tanpa jarak & tanpa sengkang (contoh : 800230103456).
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT SARA

Info-info dalam artikel ini yang kami peroleh adalah daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Namun sekiranya anda ingin mengetahui info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment