SEMAKAN BAYARAN DUIT STR (BANTUAN FASA 4 2025) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BAYARAN DUIT STR (BANTUAN FASA 4 2025) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Duit peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk dibayar kepada 8.8 juta penerima bagi Fasa ke-4 akan melibatkan sebanyak RM2 billion daripada RM13 billion peruntukan keseluruhan. Oleh itu, setiap penerima akan menerima kadar bayaran yang selayaknya mengikut kategori.

Bagaimanakah cara semakan bayaran duit STR? Rujuk panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS

🤷 SIAPA YANG LAYAK TERIMA DUIT STR?

Supaya rakyat mendapat kadar duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan selayaknya, syarat dan kriteria kelayakan setiap kategori seperti berikut :

SYARATISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
WarganegaraMalaysiaMalaysiaMalaysia
Status
Perkahwinan
Berkahwin /
Bercerai (ada anak)
BujangBujang
Kadar
Pendapatan
Bawah RM5,000Bawah RM5,000Bawah RM2,500
UmurTiada had60 tahun
& ke atas
21 – 59 tahun

💸 KADAR BAYARAN DUIT STR

Kadar bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR
2025
KADAR BAYARAN STR
FASA 4
Isi Rumah B40RM1,000 (0 anak)
RM1,500 (1-2 anak)
RM2,000 (3-4 anak)
RM2,500 (5 ke atas)
RM200
RM350
RM500
RM700
Isi Rumah M40RM500 (0 anak)
RM750 (1-2 anak)
RM1,000 (3-4 anak)
RM1,250 (5 ke atas)
RM100
RM150
RM250
RM350
Warga EmasRM600RM150
BujangRM600RM150

🤝 KAEDAH BAYARAN DUIT STR

Demi memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Penerima Ada AkaunDikreditkan terus dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun
atau
Penerima ‘gagal Kredit’
Dibayar secara tunai terus di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
terdekat

🗓️ TARIKH BAYARAN DUIT STR

Berikut adalah tarikh bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Fasa 1, 2, 3 hingga Fasa 4 bagi tahun 2025 :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari – 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac – 27 Mac 2025
Fasa 312 Ogos – 21 Ogos 2025
Fasa 418 Oktober – 13 November 2025

📱 SEMAKAN BAYARAN DUIT STR

Ikuti cara semakan status bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
2025
https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi STR dengan klik pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

📞 MAKLUMAT LANJUT STR

Maklumat-maklumat yang kami tulis dan kongsikan dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian dan kefahaman orang ramai berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment