SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Semasa pembentangan di Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan akan menyalurkan Bantuan SARA secara one-off kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Apa itu bantuan sara one off dan bagaimanakah semakan status? Ikuti info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SARA (ONE OFF ONLINE SEMAKAN)

APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah sebuah bantuan tambahan kepada 8.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana ia telahpun disalurkan secara ansur setiap bulan dan dua kali setahun kepada 0.7 juta penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar dalam data e-Kasih.

Kini adalah merupakan penyaluran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) khas kepada 8.0 juta penerima STR yang bukan dari kumpulan miskin dan miskin tegar dengan kadar yang ditetapkan untuk setiap kategori.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Antara kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara one-off adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) 2024 dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Bukan dari kumpulan miskin dan miskin tegar yang mempunyai data di bawah e-Kasih.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Penyaluran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara one-off kepada 8.0 juta penerima yang layak adalah bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan secara berperingkat melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima.

KADAR BANTUAN SARA ONE OFF 2024 YANG DISALURKAN

Setiap penerima STR yang bukan dari kumpulan miskin dan miskin tegar akan menerima kadar bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang ditetapkan mengikut kelayakan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SARA
DISALURKAN ONE OFF
ISI RUMAHRM300
WARGA EMASRM150
BUJANGRM150

SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU 2024

Oleh kerana Bantuan SARA adalah khas kepada penerima STR, semakan status boleh dilakukan di Portal Rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit [No. Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. Pada bahagian pengesahan, klik [Semak].
  6. [Frasa Keselamatan Pemohon] akan dipaparkan.
  7. Sekiranya frasa yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] dengan betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
  12. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Untuk makluman, Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang akan disalurkan secara one-off ini tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana ianya akan disalurkan khas kepada penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang telah lulus permohonan dan bukan dari kumpulan Miskin dan Miskin Tegar e-Kasih.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai SARA, sila hubungi talian Bantuan SARA MOF di : 03-8882 4565 / 4566.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF TERBARU 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

Leave a Comment