SEMAKAN BANTUAN SARA 100 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Mulai April 2025, semua penerima STR 2025 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan selama 9 bulan bagi menampung perbelanjaan keperluan asas penerima.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan sara rm 100 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSARA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
KADAR BANTUAN SARA BULAN MEI 2025
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM200/bulan | Isi Rumah RM100/bulan |
Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan |
Bujang RM50/bulan | – |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA RM 100
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan MyKasih RM100:
- Berstatus Bukan eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah;
MANFAAT BANTUAN SARA RM 100
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan dikreditkan melalui MyKad penerima membolehkan penerima membeli 14 Kategori Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, barangan kebersihan rumah di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA RM 100
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas menggunakan kredit bulanan seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk asas yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN SARA RM 100
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN SARA ONLINE
Status kelayakan penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara