SEMAKAN BANTUAN RM100 SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN RM100 SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Seramai hampir 22 juta penerima bantuan rm100 SARA akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima.

Bagaimanakah semakan bantuan rm100 sara? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN RM100 SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 SARA

Kelayakan penerima bantuan SARA RM100 ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan;

SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan secara automatik kepada SEMUA rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH KREDIT BAYARAN BANTUAN RM100 SARA

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke IC atau MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA PENGKREDITAN BAYARAN BANTUAN RM100 SARA

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan untuk memenuhi keperluan harian di lebih 4,100 premis berdaftar diseluruh Negara.

KATEGORI BARANG LULUS BAYARAN RM100 SARA

Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA adalah seperti berikut:

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Biskut;
  • Mi Segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam Tin;
  • Bahan Perasa;
  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan; dan
  • Peralatan Sekolah

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 SARA

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih;
  • Aplikasi MyKasih

Semak di Portal MyKasih :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Aplikasi MyKasih :

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, status kelayakan penerima SARA UNTUK SEMUA atau SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak mulai 21 Ogos 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment