SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kaedah penyampaian Bantuan MyKasih SARA kepada rakyat adalah unik kerana ianya melalui pengkreditan secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam kad pengenalan (KP) penerima yang layak dan penerima boleh menggunakannya untuk pembelian keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih SARA 100? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA 100 2025
Keseluruhan penerima Bantuan MyKasih SARA pada tahun ini adalah direkodkan seramai 5.4 juta penerima sedia ada dan penerima baharu. Kira-kira hanya seramai 3.4 juta sahaja penerima yang layak untuk menerima Bantuan MyKasih SARA bernilai RM100 sebulan.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA 100 2025
Pemberian Bantuan MyKasih SARA bernilai RM100 adalah khas untuk individu yang menepati kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan ketua isi rumah;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tidak tersenarai dalam rekod data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 100 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih SARA, ikuti cara semakan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH SARA 100 2025
Bantuan MyKasih SARA sebanyak RM100 dikreditkan pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- 01/04/2025 (Selasa) : RM100.
- 01/05/2025 (Khamis) : RM100.
- 01/06/2025 (Ahad) : RM100.
- 01/07/2025 (Selasa) : RM100.
- 01/08/2025 (Jumaat) : RM100.
- 01/09/2025 (Isnin) : RM100.
- 01/10/2025 (Rabu) : RM100.
- 01/11/2025 (Sabtu) : RM100.
- 01/12/2025 (Isnin) : RM100.
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Kini penerima boleh membuat semakan baki Bantuan MyKasih SARA yang ada dalam kad pengenalan melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.