SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Individu khususnya yang telah berkeluarga (isi rumah) disahkan oleh kerajaan MADANI yang layak untuk menerima bayaran Bantuan MyKasih bernilai RM100 sebulan selama tempoh 9 bulan adalah seramai 3.4 juta penerima.

Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih RM100? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD : SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

MEDIUM BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Kerajaan MADANI telah menyelaraskan medium bayaran Bantuan MyKasih kepada semua penerima di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan, yang mana bayaran dilaksanakan secara automatik setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima.

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan MyKasih sebanyak RM100 setiap bulan melalui kad pengenalan dan penerima boleh menggunakannya untuk pembayaran barangan keperluan asas.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Hanya rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria berikut layak menerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 sebulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau isi rumah tunggal (ada anak);
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dan 2025.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Bayaran Bantuan MyKasih hanya boleh disemak melalui aplikasi rasmi MyKasih mengikut panduan berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM100 melalui pautan Portal Rasmi MyKasih di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my
  1. Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’.
  8. Kemudian, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  9. Portal Rasmi STR pula akan dipaparkan.
  10. Log masuk akaun STR anda sedia ada.
  11. Setelah berjaya log masuk STR, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment