SEMAKAN BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Agihan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih kini ditambahbaik bagi memudahkan rakyat yang kurang berkemampuan memperoleh bantuan dengan mudah serta selamat. Disamping itu juga, rakyat boleh membuat semakan kelayakan dan bayaran secara online sahaja.

Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih online terkini? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

PENERIMA TERKINI BANTUAN MYKASIH 2025

Perluasan pemberian Bantuan MyKasih kini melibatkan sejumlah penerima yang terbaru seperti berikut :

STATUS KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Penerima sedia ada
(Isi Rumah, Bujang & Warga Emas
berstatus Miskin & Miskin Tegar)
700,000 ribu
Penerima baharu
(Isi Rumah & Warga Emas
berstatus Asas Bukan Miskin)
4.7 juta
5.4 juta (keseluruhan penerima terkini)

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih yang terkini, ikuti panduan semakan status di pautan di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Untuk semakan status, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan ‘Nombor MyKad*’ dengan nombor kad pengenalan pemohon.
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  7. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  8. Log masuk ke Portal Rasmi MySTR.
  9. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA PENERIMAAN AGIHAN BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025

Penerima yang menetap atau bermastautin di negeri-negeri berikut akan menerima agihan Bantuan MyKasih dengan cara :

NEGERI-NEGERI PENERIMACARA PENERIMAAN AGIHAN
BANTUAN MYKASIH
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Terengganu, Pahang, Kelantan,
Kedah, Pulau Pinang, Perak & Perlis
Diagihkan secara tanpa tunai (cashless)
dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima
Sabah, Sarawak & W.P LabuanDiagihkan secara tanpa tunai (cashless)
dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima

TARIKH TERKINI AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025

Terkini, agihan Bantuan MyKasih adalah bertarikh seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH AGIHAN TERKINI
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
MyKasih
Bermula 01 JUN 2025, AHAD

JUMLAH BANTUAN MYKASIH TERKINI 2025

Bantuan MyKasih yang terkini diagihkan dengan jumlah seperti berikut :

JUMLAH BANTUAN MYKASIH
PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH BANTUAN MYKASIH
PENERIMA BAHARU
ISI RUMAH :
RM200 / setiap ketua isi rumah
ISI RUMAH :
RM100 / setiap ketua isi rumah
WARGA EMAS :
RM150 / setiap individu
WARGA EMAS :
RM50 / setiap individu
BUJANG :
RM50 / setiap individu
BUJANG :
Tiada

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH ONLINE TERKINI 2025

Bayaran serta baki Bantuan MyKasih hanya boleh disemak melalui aplikasi MyKasih sahaja. Bagi penerima yang layak perlu memuat turun aplikasi MyKasih dan ikuti panduan semakan secara online berikut :

  1. Buka aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment