SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program Bantuan MyKasih yang dikreditkan menerusi kad pengenalan (IC) penerima telah mendapat persetujuan oleh Kerajaan untuk meneruskan pemberian secara tanpa tunai ini, kerana ianya dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan Bantuan MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lengkap di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan MyKasih, iaitu :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025

Untuk mengetahui kelayakan anda, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan MyKasih yang disalurkan setiap bulan kepada penerima mengikut kelayakan :

  • Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 & RM200 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 & RM150 setiap bulan.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan; dan
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM50 setiap bulan.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pelaksanaan bayaran Bantuan MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

PENERIMA BERSTATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA BERSTATUS
ASAS BUKAN MISKIN
15.01.2025 (Rabu)
01.02.2025 (Sabtu)
01.03.2025 (Sabtu)
01.04.2025 (Selasa)
01.05.2025 (Khamis)
01.06.2025 (Ahad)
01.07.2025 (Selasa)
01.08.2025 (Jumaat)
01.09.2025 (Isnin)
01.10.2025 (Rabu)
01.11.2025 (Sabtu)
01.12.2025 (Isnin)
01.04.2025 (Selasa)
01.05.2025 (Khamis)
01.06.2025 (Ahad)
01.07.2025 (Selasa)
01.08.2025 (Jumaat)
01.09.2025 (Isnin)
01.10.2025 (Rabu)
01.11.2025 (Sabtu)
01.12.2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment