SKAS SARAWAK FASA 2 : SEMAKAN 2026
Dari seramai 857,814 ribu penerima yang disahkan layak terima bayaran Bantuan SKAS Sarawak (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak), hanya sebahagian yang belum buat semakan kelayakan untuk mengetahui status bayaran Fasa 2 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bayaran SKAS Sarawak Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MyKasih Bulan Ini Dah Masuk – Ramai Tak Tahu Cara Guna Di Kedai
PENGENALAN SKAS SARAWAK
SKAS Sarawak atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu rakyat Sarawak untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas harian.
Tujuan penyaluran Bantuan SKAS Sarawak :
- Menampung kos sara hidup rakyat;
- Memastikan keperluan asas rakyat mencukupi;
- Dapat meringankan bebanan kewangan rakyat B40 dan M40 di Sarawak.
JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK
Tentunya jumlah Bantuan SKAS Sarawak disalurkan mengikut kategori penerima bagi setiap fasa seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| PERINGKAT FASA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | RM316 |
| Fasa 2 | RM316 |
| Fasa 3 | RM318 |
| = RM950 setahun |
- Kategori Warga Emas :
| PERINGAT FASA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | RM166 |
| Fasa 2 | RM166 |
| Fasa 3 | RM168 |
| = RM500 setahun |
- Kategori Bujang :
| PERINGKAT FASA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | RM100 |
| Fasa 2 | RM100 |
| Fasa 3 | RM100 |
| = RM300 setahun |
CARA TERIMA SKAS SARAWAK FASA 2
Hanya satu (1) cara sahaja untuk terima bayaran Bantuan SKAS Sarawak, iaitu melalui :
| CARA TERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Penerimaan secara baucar digital tanpa tunai (cashless) | Akaun e-Dompet dalam aplikasi mudah alih S Pay Global |
JADUAL KREDIT BANTUAN SKAS SARAWAK
Pengkreditan Bantuan SKAS Sarawak dilaksanakan setiap empat (4) bulan sekali dijadualkan pada tarikh seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 (Jumaat) |
| Fasa 3 | 10 November 2026 (Selasa) |
SEMAKAN SKAS SARAWAK FASA 2
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS Sarawak, rujuk panduan semakan di bawah :
- Layari laman web rasmi di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/821/.
- Klik [Check Eligibility ]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Next].
- Klik pada [My Individual Account].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
INFO LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
- Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
- E-mel SKAS Sarawak : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/821/.