SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK NAMA PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK NAMA PENERIMA

Bantuan MyKAD MADANI telah dilancarkan sejak Jun 2023 yang awalnya hanya dikreditkan ke dalam MyKAD seramai 0.2 juta penerima sahaja. Namun pada Januari 2024 telah diperluaskan kepada 0.7 juta penerima dan pada tahun 2025 pula, akan diperluaskan kepada lebih 5.4 juta penerima pula.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad madani layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

KADAR KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Pihak Kerajaan MADANI akan mengkreditkan Bantuan dalam MyKAD mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR KREDIT
BANTUAN MYKAD
MADANI 2025
Isi Rumah Miskin dan Miskin TegarRM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
Isi Rumah Asas Bukan MiskinRM900 setahun
(RM100 sebulan)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR KREDIT
BANTUAN MYKAD
MADANI 2025
Miskin dan Miskin TegarBujang Belia : RM600 setahun
(RM50 sebulan)

Bujang Warga Emas : RM1,200 setahun
(RM100 sebulan)
Asas Bukan MiskinBujang Belia : –

Bujang Warga Emas : RM450 setahun
(RM50 sebulan)

TEMPOH KREDIT BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Pengkreditan Bantuan MyKAD MADANI bagi tahun 2025 adalah mengikut tempoh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH KREDIT
BANTUAN MYKAD MADANI
Miskin dan Miskin TegarSelama 12 bulan
(Januari hingga Disember 2025)
Asas Bukan MiskinSelama 9 bulan
(April hingga Disember 2025)

SEMAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Adakah anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKAD MADANI? Untuk mengetahui status kelayakan anda, sila semak pada pautan rasmi di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan MyKAD’ (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Terdapat beberapa manfaat yang diperoleh daripada penerimaan Bantuan MyKAD MADANI, antaranya ialah :

  • Dikreditkan secara automatik ke dalam MyKAD setiap bulan;
  • Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas;
  • Had bantuan sehingga RM450, RM600, RM900 dan RM1,200 setahun;
  • Baki yang tidak dihabiskan atau tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya;
  • Selamat digunakan kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKAD.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment