SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM450 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pengkalan data e-Kasih digunakan untuk program-program bantuan kerajaan dan agensi bagi tujuan pembasmian kemiskinan rakyat di Malaysia. Pelbagai bantuan yang disalurkan sepanjang tahun 2024 ini termasuk Bantuan Sara Hidup.
Bagaimanakah semak status bantuan ekasih rm450? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 (CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
JUMLAH PENERIMA BANTUAN EKASIH
Jumlah penerima Bantuan e-Kasih adalah terbahagi kepada dua (2) kumpulan, iaitu :
- Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih :
- Seramai 0.7 juta.
- Penerima tidak berdaftar dengan e-Kasih :
- Seramai 8.0 juta.
KADAR BAYARAN BANTUAN EKASIH 2024
Tidak kesemua individu akan menerima bayaran Bantuan e-Kasih sebanyak RM450 kerana ia akan dibayar mengikut kelayakan individu seperti berikut :
- Keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih :
- Ketua keluarga : RM1,200 ansur.
- Ahli keluarga bujang : RM600 ansur.
- Keluarga tidak berdaftar dengan e-Kasih :
- Ketua keluarga : RM300 sekaligus.
- Ahli keluarga bujang : RM150 sekaligus.
CARA BAYARAN BANTUAN EKASIH
Pembayaran Bantuan e-Kasih (Sara) adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
- Penerima berdaftar dengan e-Kasih :
- Dibayar secara ansur setiap bulan atau ansur dua kali setahun.
- Penerima di Semenanjung Malaysia : dikreditkan ke dalam kad pengenalan setiap bulan selama 12 bulan (22 Januari hingga 1 Disember 2024); dan
- Penerima di Sabah dan Sarawak : diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dua kali setahun (19 Februari dan 12 Ogos 2024).
- Dibayar secara ansur setiap bulan atau ansur dua kali setahun.
- Penerima tidak berdaftar dengan e-Kasih :
- Dibayar secara sekaligus (one-off) bermula 9 Disember 2024 melalui :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
- Dibayar secara sekaligus (one-off) bermula 9 Disember 2024 melalui :
SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM450 2024
Ikuti cara semakan status di pautan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Sekiranya tiada dalam data e-Kasih, anda boleh membuat semakan di pautan berikut :
- Layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Terima
Terima kasih
Bantuan ekasih
Assalamualaikum…saya punya belum dapat lagi….Mcm mana tu
Semakan stastus