SEMAKAN BANTUAN B40 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelbagai inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama golongan B40 bagi meringan beban kos sara hidup yang dihadapi termasuk menyediakan bantuan tunai dan secara tanpa tunai.
Bagaimanakah semakan bantuan b40 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BTR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SENARAI BANTUAN
Bantuan Kerajaan kepada golongan B40 bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN B40 2026
Jumlah Bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah (Miskin dan Miskin Tegar eKasih)
| Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|---|
| Tiada Anak | RM700 | RM2,400 |
| Anak 1 hingga 2 | RM1,200 | RM2,400 |
| Anak 3 hingga 4 | RM1,700 | RM2,400 |
| Anak 5 ke atas | RM2,200 | RM2,400 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 (Bukan eKasih)
| Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM1,200 |
| Anak 1 hingga 2 | RM450 | RM1,200 |
| Anak 3 hingga 4 | RM700 | RM1,200 |
| Anak 5 ke atas | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
| Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|
| RM600 | RM600 |
- Bujang
| Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|
| – | RM600 |
SEMAKAN BANTUAN B40 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara semakan status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan B40 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]