SEMAK STATUS SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS SARA 2026 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terhad kepada penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih serta semua penerima STR 2026. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, anda layak membuat semakan di Portal Rasmi SARA untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima bantuan bulanan.

Bagaimanakah semak status kelayakan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BANTUAN SARA RAHMAH 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
Warganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

KADAR KELAYAKAN SARA 2026

Jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

  • Kadar Bulanan :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
  • Kadar Kelayakan Setahun (Total Keseluruhan) :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400 SetahunRM1,200 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM1,800 SetahunRM600 Setahun
BujangRM1,200 SetahunRM600 Setahun

SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA 2026

Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya log masuk, Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment