SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100 2025 : CHECK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Penyampaian Bantuan MyKasih adalah unik kerana ianya dikreditkan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan dan penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan medium bayaran tanpa tunai yang sangat mudah dan selamat.
Bagaimanakah semak status Bantuan MyKasih RM100? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET MADANI 100 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025
Bayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM100 dijadualkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 1 April 2025, Selasa | RM100 |
2. | 1 Mei 2025, Khamis | RM100 |
3. | 1 Jun 2025, Ahad | RM100 |
4. | 1 Julai 2025, Selasa | RM100 |
5. | 1 Ogos 2025, Jumaat | RM100 |
6. | 1 September 2025, Isnin | RM100 |
7. | 1 Oktober 2025, Rabu | RM100 |
8. | 1 November 2025, Sabtu | RM100 |
9. | 1 Disember 2025, Isnin | RM100 |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 2025
Hanya individu yang menepati kriteria kelayakan berikut layak terima Bantuan MyKasih RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan ke atas;
- Merupakan ketua isi rumah;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH RM100 2025
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih bernilai RM100 boleh disemak melalui pautan berikut :
- Pautan Laman Web Rasmi Bantuan MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Sila layari pautan laman web rasmi Bantuan MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH RM100 2025
Bagi penerima yang telah disahkan layak, boleh membuat pembelian dengan menggunakan Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH RM100 2025
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.