SEMAK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima STR 2025 yang tersenarai dalam data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak menerima bantuan menerima kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 sehingga RM200 setiap bulan selama 12 bulan.

Bagaimanakah semak status bantuan ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SARA 100 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

SEMAK JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 berstatus eKasih seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
(RM)
AMAUN BULANAN
(RM)
Isi RumahRM 2,100RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM200/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM150/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM 600RM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

CARA GUNA KREDIT BANTUAN EKASIH 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

SEMAK KATEGORI BARANG KEPERLUAN ASAS BANTUAN EKASIH

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan
  • Produk Kebersihan Rumah
13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment