SEMAK SARA BUJANG 2026 : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN RM50 SETIAP BULAN DALAM IC
Seramai 3.1 juta Kategori Bujang telah menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2026 yang dilaksanakan bermula pada Bulan Januari untuk dibelanjakan di pasar raya atau kedai berdaftar bagi mendapatkan barangan keperluan asas secara bulanan.
Bagaimanakah semak sara bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA BUJANG (EKASIH) | SARA BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
| Berusia antara 21 tahun sehingga 59 tahun | Berusia antara 21 tahun sehingga 59 tahun |
| Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa | Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
| Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih | Bukan eKasih |
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| SARA BUJANG (EKASIH) | SARA BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|
| RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM SARA BUJANG
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori Bujang 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 16/01/2026 | 31/12/2026 |
JADUAL PEMBAYARAN BULANAN SARA BUJANG
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan :
| JADUAL PEMBAYARAN | SARA BUJANG (EKASIH) | SARA BUJANG (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM100 | RM50 |
| Februari 2026 | RM100 | RM50 |
| Mac 2026 | RM100 | RM50 |
| April 2026 | RM100 | RM50 |
| Mei 2026 | RM100 | RM50 |
| Jun 2026 | RM100 | RM50 |
| Julai 2026 | RM100 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM100 | RM50 |
| September 2026 | RM100 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM100 | RM50 |
| November 2026 | RM100 | RM50 |
| Disember 2026 | RM100 | RM50 |
| TOTAL | RM1,200 | RM600 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 16/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 50.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf