SEMAK SARA 2025 RM100 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN ONE OFF
Kredit SARA RM100 boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit yang berdaftar, melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori Barangan yang diluluskan dan SAH digunakan sehingga akhir tahun 2025.
Bagaimanakah cara semak penerima sara 2025 rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK DUIT DALAM MYKAD : CARA CHECK BAKI & BAYARAN BANTUAN SARA
SIAPAKAH LAYAK SARA 2025 RM100
Syarat kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PELAKSANAAN SARA 2025 RM100
Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA 2025 RM100
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih bermula 21 Ogos 2025, melalui cara seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Penerima SARA ONE OFF akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PENYALURAN SARA RM100
Bantuan SARA RM100 ONE OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk
CARA GUNA DUIT SARA RM100
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara