SEMAK MYKASIH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
Kumpulan penerima yang telah disahkan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah seramai lebih 5.4 juta yang akan menerima pengkreditan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah cara semak MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KRITERIA PENERIMA MYKASIH 2025
Kriteria penerima Bantuan Sara MyKasih adalah terdiri daripada individu yang merupakan penerima STR yang berdaftar dengan e-Kasih atau tidak seperti berikut :
- PENERIMA MYKASIH (STR & E-KASIH) :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- PENERIMA MYKASIH (STR SAHAJA) :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH MYKASIH 2025
Berikut merupakan jumlah Bantuan Sara MyKasih pada tahun 2025 :
PENERIMA MYKASIH (STR & E-KASIH) | PENERIMA MYKASIH (STR SAHAJA) |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 setahun | ISI RUMAH : RM900 setahun |
WARGA EMAS : RM1,650 setahun | WARGA EMAS : RM450 setahun |
BUJANG : RM600 setahun | BUJANG : Tiada |
SEMAK MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) cara semakan status penerima Bantuan Sara MyKasih, iaitu melalui :
- Melalui Portal Rasmi MyKasih; atau
- Melalui Aplikasi MyKasih.
Ikuti cara semakan status MyKasih seperti berikut :
- Cara Semak MyKasih Melalui Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semak MyKasih Melalui Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL SUMBANGAN MYKASIH 2025
Sumbangan Bantuan Sara MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & e-Kasih) | RM100 setiap bulan | RM200 setiap bulan |
Warga Emas (STR & e-Kasih) | RM100 setiap bulan | RM150 setiap bulan |
Bujang (STR & e-Kasih) | RM50 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
Isi Rumah (STR Sahaja) | – | RM100 setiap bulan |
Warga Emas (STR Sahaja) | – | RM50 setiap bulan |
Bujang (STR sahaja) | – | – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.