SEMAK KELAYAKAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAK KELAYAKAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Seramai sembilan (9) juta rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akan menerima manfaat bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dengan melibatkan peruntukan sehingga RM15 billion.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima STR 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PANDUAN LENGKAP KEMASKINI STR : SILA KEMAS KINI BUTIRAN MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA TERIMA BAYARAN STR

Kerajaan masih mengekalkan cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya dapat memudahkan rakyat menerima bayaran. Berikut merupakan dua (2) cara terima bayaran bagi tahun 2026 :

  1. Cash / tunai di kaunter bank :
    • Penerima yang tidak ada akaun bank, penerima status ‘gagal kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses bank akan terima bayaran STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  2. Transfer / Kredit dalam akaun :
    • Penerima yang ada akaun bank yang aktif akan terima bayaran STR melalui sistem bayaran ‘IBG Fund Transfer’ terus ke dalam akaun yang didaftarkan.

TARIKH PELAKSANAAN STR 2026

Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Namun, ianya dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa-fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : Januari 2026.
  • Fasa 2 : Mac 2026.
  • Fasa 3 : Ogos 2026.
  • Fasa 4 : Oktober 2026.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Penerima / pemohon yang diluluskan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI seperti berikut :

  • Katagori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin / ibu bapa tunggal (mempunyai anak);
    • Tiada had umur;
    • Kadar pendapatan B40 : Bawah RM2,500;
    • Kadar Pendapatan M40 : RM2,501 – RM5,000.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada tanggungan anak);
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Kadar pendapatan tidak melebihi RM5,000.
  • Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Bujang / balu / duda / janda (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / Bujang OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
    • Kadar pendapatan bawah RM2,500.

KADAR BAYARAN STR 2026

Dengan secara automatik penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM700 + RM1,200
    • 1 – 2 anak : RM1,200 + RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700 + RM1,200
    • 5 anak ke atas : RM2,200 + RM1,200

*Yang daftar e-Kasih akan terima tambahan (+) sebanyak RM2,400.

  • Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : RM200 + RM1,200
    • 1 – 2 anak : RM450 + RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM700 + RM1,200
    • 5 anak ke atas : RM950 + RM1,200
  • Warga Emas Yang Tiada Pasangan :
    • Tiada anak : RM600 + RM600

*Yang daftar e-Kasih akan terima tambahan (+) sebanyak RM1,800.

  • Bujang / Balu / Duda / Janda :
    • Tiada anak : RM0 + RM600

*Penerima daftar e-Kasih akan terima tambahan (+) sebanyak RM1,200.

SEMAK KELAYAKAN STR 2026

Setelah selesai memohon dan kemaskini maklumat permohonan, pemohon boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dengan mudah mengikut panduan di bawah :

  1. Lawati laman web rasmi Portal STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal STR 2026 akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Sekiranya telah daftar akaun, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
  7. Jika ‘Kata Kunci Keselamatan’ yang dipaparkan betul, klik [Ya].
  8. Masukkan Kata Laluan yang telah anda ciptakan.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Sekiranya berjaya Log Masuk, Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Semua isi kandungan dalam artikel ini ditulis berdasarkan maklumat sahih daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan dikongsikan untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk maklumat dan info lebih lanjut, sila buat rujukan di bawah :

Leave a Comment