SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan STR iaitu Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan kewangan yang disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan kini adalah bayaran fasa pertama (1) yang akan memanfaatkan seramai hampir 9 juta rakyat dewasa di Malaysia.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap semakan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2025 200 BULANAN : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BANTUAN MYKASIH RM200 SETIAP BULAN

BILANGAN PENERIMA STR 2026 FASA 1

Untuk bayaran Bantuan STR Fasa 1, hanya seramai 8.1 juta sahaja permohonan yang diluluskan mengikut kelayakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah bilangan penerima yang layak mengikut kategori kelayakan :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah B40 & M403.7 juta penerima
Warga Emas1.3 juta penerima
Bujang3.1 juta penerima

CARA TERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1

Untuk memudahkan rakyat menerima Bantuan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran mengikut kepada penerima sendiri seperti berikut :

BAYARAN SECARA TUNAI
DI KAUNTER BANK
BAYARAN KREDIT TUNAI
DALAM AKAUN BANK
Bantuan STR akan dibayar secara
tunai di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) khas kepada
penerima yang tiada akaun
bank / status ‘Gagal Kredit’
Bantuan STR akan dikreditkan
terus secara automatik ke dalam
akaun bank penerima / akaun
bank pasangan bagi yang ada
akaun bank aktif

JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 1

Jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 ditentukan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah adalah termasuk yang berkahwin ada / tiada anak dan isi rumah tunggal (balu / bercerai) ada anak.
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah
RM2,500)
RM500
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000)
RM50 hingga RM250
(Tertakluk bilangan tanggungan)
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang adalah termasuk yang belum berkahwin, balu, duda dan janda tiada anak.
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
Dibayar melalui SARA
Bujang Umur
60 tahun & ke atas
RM150

TARIKH TERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1

Bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dilaksanakan kepada penerima yang layak secara berperingkat selam tiga (3) hingga ke tujuh (7) hari dari tarikh berikut :

KAEDAH BAYARANTARIKH TERIMA FASA 1
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026 (Selasa)
Pengkreditan terus
ke dalam Akaun Bank
Mulai 20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1

Pemohon sedia ada dan pemohon baharu yang telah mengemukakan permohonan STR sebelum 28 November 2026, boleh menyemak kelayakan permohonan bagi bayaran Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment