SEMAK BAYARAN STR FASA 2 2026 : SAMA ADA TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

SEMAK BAYARAN STR FASA 2 2026 : SAMA ADA TELAH DIKREDITKAN ATAU BELUM

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 telah mula disalurkan kepada 5.2 juta penerima yang layak secara berperingkat, yang diawalkan sempena persiapan sambuatan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanakah cara semak bayaran str fasa 2 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2

Bilangan rakyat Malaysia yang disahkan layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 2026 adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMABILANGAN PENERIMA
Penerima Sedia Ada5 Juta
Penerima Permohonan Baharu/Rayuan200,000

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 akan disalurkan kepada penerima mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 2
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM150
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM100
Anak 1 hingga 2 : RM100
Anak 3 hingga 4 : RM200
Anak 5 dan Ke atas : RM250
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 2
Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
Berusia 60 tahun dan ke atas
RM150
  • Kategori Bujang :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR FASA 2
Bujang
Berusia 21 – 59 tahun;
Berusia 19 – 59 tahun (OKU)
Bayaran digantikan melalui Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan Melalui MyKad

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 dilaksanakan secara berperingkat bermula tarikh berikut :

FASA STRTARIKH BAYARAN
STR FASA 210 Mac 2026 (Selasa) – Penerima Sedia Ada
30 Mac 2026 (Isnin) – Penerima Baharu/Rayuan

CARA SEMAK PENERIMA BAYARAN STR FASA 2

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

CARA BAYARAN STR FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank
(Sabah/Sawarak/W.P Labuan)
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026

Leave a Comment