SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

Pihak Kerajaan menyasarkan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada seramai 9 juta rakyat dewasa. Namun, hanya seramai 8.1 juta rakyat sahaja yang disahkan layak menerima bayaran Fasa 1 mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Bagaimanakah cara semak bayaran STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH 2026 TERBARU : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN RM100, RM200, RM50

KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2026

Hanya dua (2) sahaja kaedah bayaran Bantuan STR disediakan mengikut kepada jenis penerima bagi memudahkan penerima mendapat bayaran. Berikut merupakan kaedah bayaran Bantuan STR Fasa 1 :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN STR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / akaun bank
pasangan melalui sistem
‘IBG Fund Transfer’
Penerima Tiada Akaun BankDibayar secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026

Bayaran Bantuan STR lazimnya dilaksanakan berperingkat selama tiga (3) hingga ke tujuh (7) hari dari tarikh pertama diumumkan. Berikut adalah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 yang akan mula dibayar :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR
FASA 1 2026
Penerima Sedia AdaMulai 20 Januari 2026, Selasa
Penerima BaharuMulai 20 Januari 2026, Selasa

NILAI BAYARAN STR FASA 1 2026

Kerajaan telah menetapkan nilai bayaran Bantuan STR adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti kadar pendapatan dan jumlah tanggungan anak. Berikut merupakan nilai bayaran Bantuan STR Fasa 1 :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah merangkumi yang berkahwin (ada / tiada anak) dan ibu / bapa tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHNILAI BAYARAN STR FASA 1
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah
RM2,500)
Sehingga RM500
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000)
RM50 hingga RM250
(tertakluk jumlah anak)
  • Kategori Bujang :
    • Bujang merangkumi yang belum berkahwin atau balu (kematian pasangan) atau duda / janda (bercerai) dan tiada anak.
KELAYAKAN BUJANGNILAI BAYARAN STR FASA 1
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
Bujang Berumur
60 tahun & ke atas
RM150

SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 1 2026

Pemohon-pemohon sedia ada dan baharu boleh mula membuat semakan status untuk tahu layak atau tidak sebagai penerima bayaran Bantuan STR Fasa 1. Ikuti cara semak status yang lengkap di bawah :

  1. Layari laman web rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan ikut format yang ditetapkan.
    • *tanpa jarak dan tanpa sengkang (-). Contoh : 850230102345.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama pemohon.
  6. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard STR akan dipaparkan.
  10. Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan dan bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT STR

Jika informasi dalam artikel ini tidak cukup bagi anda, anda boleh mendapatkan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment