SEMAK BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
Insentif bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan bukan sahaja untuk membantu rakyat mendepani bebanan kos sara hidup, namun ianya juga untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan hari perayaan-perayaan yang besar diraikan.
Bagaimanakah cara semak bayaran STR 2025? Rujuk panduan yang lebih lengkap di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 KEMASKINI : CARA KEMAS KINI PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ONLINE DI mySTR
JUMLAH PENERIMA STR 2025
Kerajaan menyasarkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kepada 60% atau seramai 9 juta rakyat dewasa yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut merupakan jumlah penerima yang melepasi tapisan permohonan setiap fasa :
| PERINGKAT PELAKSANAAN | JUMLAH PENERIMA STR 2025 |
|---|---|
| Fasa 1 | 8.3 juta |
| Fasa 2 | 8.5 juta |
| Fasa 3 | 8.6 juta |
| Fasa 4 | Hampir 9 juta |
KADAR BAYARAN STR 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada setiap kategori dengan kadar yang berlainan bergantung kepada kategori dan bilangan anak supaya setiap penerima mendapat bantuan selayaknya. Berikut merupakan bayaran penuh bagi tahun 2025 :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2025 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1 – 2 : RM1,500 3 – 4 : RM2,000 >5 : RM2,500 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1 – 2 : RM750 3 – 4 : RM1,000 >5 : RM1,250 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | RM600 |
KADAR BAYARAN STR SETIAP FASA 2025
Berikut pula kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap kategori dari Fasa 1, 2, 3 sehingga Fasa 4 :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
| BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
| 1-2 | RM500 | RM350 | RM300 | RM350 |
| 3-4 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
| >5 | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
| BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
| 1-2 | RM200 | RM150 | RM200 | RM150 |
| 3-4 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
| >5 | RM300 | RM300 | RM300 | RM350 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
| BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
- Bujang :
| BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| 0 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
CARA BAYARAN STR 2025
Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara ansur berperingkat selama empat (4) Fasa dan mengikut jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
|---|---|
| Ada Akaun Bank | Dikreditkan melalui sistem IBG Fund Transfer terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR |
| Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai terus di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia |
TARIKH BAYARAN STR 2025
Biasanya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan semasa cuti persekolahan dan sebelum hari perayaan besar tiba untuk membantu rakyat membuat persiapan untuk menyambut hari perayaan. Begitu juga bayaran untuk Fasa 4 akan dilaksanakan sebelum perayaan Deepavali :
| PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 |
| Fasa 2 | 24 Mac 2025 sehingga 27 Mac 2025 |
| Fasa 3 | 12 Ogos 2025 sehingga 21 Ogos 2025 |
| Fasa 4 | 18 Oktober 2025 sehingga Selesai |
SEMAK BAYARAN STR 2025
Terkini, semua penerima sedia ada boleh membuat semakan status atau semakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4. Sila ikuti cara semakan bayaran seperti berikut :
- Sila klik pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama STR 2025.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, klik butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Profil Pemohon.
- Untuk Semakan Status anda perlu klik [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR Fasa 4 anda akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT STR
Dalam artikel in, pihak kami hanya menyediakan informasi yang berkaitan ‘Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)’ sahaja untuk memudahkan carian orang ramai. Untuk sebarang masalah atau keperluan info yang lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
Bila bantuan str fasa 4 masuk,ckp smlm masuk tp xde masuk pun
Saye sudah isi