SEMAK BAYARAN SKAS 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA FASA 1
Lebih 1 juta rakyat Sarawak bakal menerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1, yang akan dilaksanakan pada bulan Mac 2026.
Bagaimanakah semak bayaran skas 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN WARGA EMAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
PROGRAM SKAS 2026
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKAS) ialah merupakan bantuan tunai khas Kerajaan Negeri Sarawak kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan. Untuk sesi 2026, program bantuan ini ditambah baik dengan peruntukan sebanyak RM640 juta dan akan memanfaatkan seramai lebih 1 juta penerima.
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SKAS) dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sentuhan Kasih Rakyat (SKAS) |
| Cara Pelaksanaan | Pembayaran Secara Berfasa (3 Fasa) |
| Kaedah Pembayaran | Tanpa tunai (Baucar Digital) melalui Aplikasi S Pay Global |
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SKAS 2026
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kriteria & Kelayakan
| KATEGORI PENERIMA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Bekahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda; Mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda; Tiada Anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda Tiada Anak/Tanggungan Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Had umur adalah 21-59 tahun; atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
TARIKH BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 Fasa 1 akan mula dilaksanakan seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) FASA 1 | 10 Mac 2026, Selasa |
JUMLAH BAYARAN SKAS 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap tiga (3) fasa bayaran dengan jumlah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM316 | RM316 | RM316 | RM950 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM166 | RM166 | RM166 | RM500 |
| Bujang | RM100 | RM100 | RM100 | RM300 |
SEMAK PENERIMA BAYARAN SKAS 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/
- Klik [Semak Kelayakan].
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Seterusnya, klik butang [Teruskan].
- Klik pada [Akaun Individu]
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Carian].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Facebook : https://web.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak/
- Laman Rasmi : https://ukas.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/29204