SEMAK BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH BAYAR & CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN RAHMAH
Penerima yang tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 1 melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Namun bagi penerima yang melengkapkan maklumat akaun bank perlu menunggu bayaran dimasukkan mengikut bank masing-masing.
Bagaimanakah semak bayaran duit STR Fasa 1 mengikut bank? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN E KASIH RM2400 : PENERIMA BAYARAN HANYA UNTUK YANG BERSTATUS LAYAK SAHAJA – CEK SEKARANG
SEMAK BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK
Berikut adalah waktu bayaran duit Bantuan STR Fasa 1 akan dimasukkan berperingkat mengikut bank penerima masing-masing :
| NAMA BANK | WAKTU BAYARAN MASUK |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 6 petang |
| Bank Islam | Bermula 8 malam |
| Affin Bank | Bermula 8 malam |
| Ambank | Bermula 8 malam |
| Maybank | Bermula 9 malam |
| Cimb Bank | Bermula 9 malam |
| RHB Bank | Bermula 9 malam |
| Bank Muamalat | Bermula 10 malam |
| Lain-lain Bank | Bermula 10 malam |
TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK
Penerimaan bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 melalui platform kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan dalam akaun bank masing-masing akan dilaksanakan bermula pada tarikh :
| PLATFORM PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
NILAI BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026
Bayaran duit Bantuan STR bagi Fasa 1 2026 adalah bernilai RM100 sehingga RM500. Namun, ianya bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM200 hingga RM500 (bergantung bilangan anak) |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM200 (bergantung bilangan anak) |
- Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Bujang Berumur 60 tahun & ke atas | RM150 |
CHECK STATUS PENERIMA DUIT STR FASA 1 2026
Rujuk panduan lengkap cara check status kelayakan penerima duit Bantuan STR Fasa 1 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Untuk sebarang pertanyaan atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.