SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA MEI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH TERBARU
Terkini! Pembayaran bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan memasuki Fasa Mei, dan akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima mengikut tarikh dan jadual yang telah ditetapkan dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semak bayaran duit bantuan sara dalam mykad fasa mei 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|
| Warganegara Malaysia; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
KADAR BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA MEI 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) FASA MEI 2026 kepada penerima yang layak, seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM100 | RM50 |
TARIKH BAYARAN DUIT SARA FASA MEI DALAM MYKAD
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) FASA MEI akan dikreditkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN FASA MEI | TARIKH AKHIR GUNA/LUPUT |
|---|---|
| 1 Mei 2026 | 31 Disember 2026 |
SEMAK BAYARAN DUIT BULANAN SARA DALAM MYKAD
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026