SEMAK BANTUAN STR BUJANG (FASA 4 2024 ONLINE)

SEMAK BANTUAN STR BUJANG (FASA 4 2024 ONLINE)

Rakyat Malaysia telah dikhabarkan dengan berita baik oleh kerajaan iaitu bantuan belanjawan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah diperkenalkan. Wang bantuan ini diberikan mengikut kategori yang sesuai dan diagihkan secara berperingkat sekiranya permohonan diluluskan.

Bagi Fasa 1, 2 dan Fasa 3, bayaran telah diberikan kepada penerima yang layak dan lulus permohonan.

Bayaran STR Fasa 4 akan diagihkan tidak lama lagi. Jangkaan wang diagihkan adalah bermula pada 7 November 2024.

Bagaimanakah semak bantuan STR Bujang? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON GURU MARA : JAWATAN & IKLAN TERKINI 2024

BANTUAN STR BUJANG

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menawarkan bantuan untuk beberapa golongan termasuk golongan bujang. Golongan ini perlu menepati syarat untuk melayakkan mereka memohon bantuan bagi golongan ini.

Syarat kelayakan STR Bujang seperti di bawah:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 21-59 tahun.
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

WANG STR BUJANG

Pemohon yang berstatus bujang dan berpendapatan kurang daripada RM 2,500 akan mendapat jumlah bayaran bantuan tunai ini sebanyak RM 350.

Pada Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran dibuat sebanyak RM 100 setiap fasa. Namun begitu, bayaran untuk Fasa 3 sebanyak RM50 dan untuk Fasa 4 pula bayaran akan masukkan adalah RM100.

SEMAK BANTUAN STR BUJANG

Status bantuan STR Bujang boleh disemak secara online seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
  3. Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
  4. Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
  5. Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
  6. Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
  7. Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak bertanggungjawab di:

11 thoughts on “SEMAK BANTUAN STR BUJANG (FASA 4 2024 ONLINE)”

Leave a Comment