SEMAK BANTUAN SKAS – BAYARAN UNTUK RAKYAT SARAWAK

SEMAK BANTUAN SKAS – BAYARAN UNTUK RAKYAT SARAWAK

Hanya rakyat Sarawak yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja akan menerima bayaran Bantuan SKAS dengan kadar bermula RM375 sehingga maksimum RM1,100 untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan SKAS untuk rakyat Sarawak? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI BARANG BANTUAN SARA – YANG BOLEH BELI GUNA MYKAD

PENGENALAN BANTUAN SKAS

Bantuan SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang diperkenalkan sebagai bantuan kewangan khas untuk membantu rakyat Sarawak memenuhi keperluan asas yang disalurkan secara ansur berperingkat.

Dengan Bantuan SKAS, Rakyat Sarawak boleh mendapatkan barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya di mana-mana premis terpilih seluruh Negeri Sarawak.

JUMLAH BANTUAN SKAS

Namun, jumlah bayaran Bantuan SKAS kepada penerima isi rumah, warga emas dan bujang adalah berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
BAYARAN
KESELURUHAN
Isi RumahFasa 1 : RM316
Fasa 2 : RM424
Fasa 3 : RM360
RM1,100
Warga EmasFasa 1 : RM166
Fasa 2 : RM234
Fasa 3 : RM200
RM600
BujangFasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM150
Fasa 3 : RM125
RM375

TARIKH BAYARAN BANTUAN SKAS

Setiap penerima isi rumah, warga emas dan bujang yang layak akan menerima bayaran Bantuan SKAS pada tarikh yang sama setiap fasa seperti jadual berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026, Selasa
Fasa 215 Mei 2026, Jumaat
Fasa 310 November 2026, Selasa

CARA BAYARAN BANTUAN SKAS

Bagi memudahkan rakyat Sarawak menerima Bantuan SKAS, Kerajaan Negeri Sarawak menyalurkan bayaran secara pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam akaun e-Wallet dalam aplikasi ‘SPay Global‘ yang boleh dimuat turun secara percuma.

Setelah menerima bayaran Bantuan SKAS dalam aplikasi ‘SPay Global’, penerima boleh terus menggunakannya untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) menggunakan bayaran kod QR sahaja.

SEMAK BANTUAN SKAS

Bagi rakyat Sarawak yang telah kemukakan permohonan Bantuan SKAS, boleh menyemak status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran setiap fasa. Ikuti cara semakan lanjut di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.
  2. Portal Rasmi SKAS Sarawak akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • Tanpa sempang “-” dan tanpa <jarak>.
  6. Klik pada butang [Cari].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SKAS akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.

Leave a Comment