SEMAK BANTUAN SARA WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) turut disalurkan setiap bulan kepada gologan Warga Emas supaya dapat membantu Warga Emas menyara diri demi kelangsungan hidup dalam peningkatan kos sara hidup kini.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima Bantuan SARA Warga Emas? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2026
SYARAT PENERIMA BANTUAN SARA WARGA EMAS
Hanya Warga Emas yang memenuhi syarat sahaja akan terima bayaran Bantuan SARA secara automatik tanpa permohonan. Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bujang / Balu / Duda / Janda;
- Tiada anak masih tanggungan;
- Pendapatan :
- Miskin tegar – RM1,189 hingga RM2,705 (data e-Kasih);
- Bukan Miskin – RM2,500 hingga RM5,000.
- Lulus permohonan STR 2026.
JUMLAH BANTUAN SARA WARGA EMAS
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA kepada Warga Emas yang layak :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN SEBULAN | JUMLAH BAYARAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150.00 | RM1,800.00 |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50.00 | RM600.00 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA WARGA EMAS
Bayaran Bantuan SARA untuk Warga Emas adalah pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
- 09/01/2026 (Jumaat).
- 01/02/2026 (Ahad).
- 01/03/2026 (Ahad).
- 01/04/2026 (Rabu).
- 01/05/2026 (Jumaat).
- 01/06/2026 (Isnin).
- 01/07/2026 (Rabu).
- 01/08/2026 (Sabtu).
- 01/09/2026 (Selasa).
- 01/10/2026 (Khamis).
- 01/11/2026 (Ahad).
- 01/12/2026 (Selasa).
SEMAK BANTUAN SARA WARGA EMAS
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
- (tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Warga Emas akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.