SEMAK BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Adanya bantuan-bantuan kewangan oleh kerajaan seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih dapat membantu serba sedikit mengurangkan bebanan kewangan rakyat yang kurang berkemampuan untuk melengkapi barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semak Bantuan MyKasih? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH MASUK STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) kriteria penerima Bantuan MyKasih (SARA) bagi tahun 2025 :
- Penerima STR dan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima STR Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih (SARA), ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Panduan Semakan Bantuan MyKasih Di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Bantuan MyKasih Di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SUMBANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (SARA) disumbangkan kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima khas digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) sahaja dengan menggunakan IC.
JUMLAH SUMBANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (SARA) akan disumbangkan dengan jumlah yang berbeza berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :
PENERIMA BANTUAN MYKASIH STR DAN E-KASIH | PENERIMA BANTUAN MYKASIH STR BUKAN E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : Tiada |
TEMPOH SUMBANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Sumbangan Bantuan MyKasih (SARA) bagi tahun 2025 adalah selama tempoh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH SUMBANGAN |
---|---|
MyKasih STR dan e-Kasih | Setiap bulan selama 12 bulan bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
MyKasih STR Bukan e-Kasih | Setiap bula selama 9 bulan bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Kenapa saya semak melalui Mykad untuk bantuan MyKasih nama saya tidak ada rekod.kenapa boleh jadi macam ini dan adakah saya memang tidak layak ataupun apakah status saya pada masa sekarang,dan saya juga layak mendapat bantuan STR tapi kenapa tidak MyKasih padahal hanya menggunakan detail rekod pada mana mana sistem yang berkaitan dengan yang layak tapi kenapa bagi saya memang tiada dalam rekod apabila disemak,diharap pihak yang berkenaan dapat menjelaskan masalah yang saya hadapi sekarang,sekian terima kasih