SEMAK BANTUAN MYKASIH 100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BANTUAN MYKASIH 100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Pelbagai bentuk fleksibiliti disediakan oleh Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 termasuk peningkatan kadar pengkreditan bulanan bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan memperoleh barangan keperluan asas yang mencukupi.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bantuan mykasih rm 100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK STATUS SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Penerima Sedia Ada
    • Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  2. Penerima Baharu
    • Bukan penerima eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

PENERIMA SARA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA SARA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

MANFAAT BANTUAN MYKASIH RM 100

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM200 / RM150 / RM100 / RM50 (mengikut kelayakan individu) pada setiap bulan yang akan dikreditkan melalui MyKad mereka untuk membeli 14 Kategori produk barangan keperluan asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan, dan barangan kebersihan rumah di pasar raya dan kedai yang terpilih.

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

CARA GUNA KREDIT BANTUAN MYKASIH RM 100

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH RM 100

Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment