SEMAK BANTUAN MYKAD 100 : (2025) SEMAK STATUS PENERIMA SARA ONE OFF

SEMAK BANTUAN MYKAD 100 : (2025) SEMAK STATUS PENERIMA SARA ONE OFF

Terkini! Kerajaan mengumumkan bantuan secara one-off di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia yang bakal dilaksanakan pada Hari kebangsaan.

Bagaimanakah semak status layak atau tidak bantuan mykad 100 sara one off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK STATUS MYKASIH DALAM IC 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SARA ONE OFF MYKAD RM 100

Syarat kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT BANTUAN SARA ONE OFF MYKAD RM 100

Bantuan SARA RM100 ONE OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk

BILA TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SARA ONE OFF MYKAD RM 100

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Kredit SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025, dan SAH sehingga 31 Disember 2025.

SEMAK LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA ONE OFF MYKAD RM 100

Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran SARA ONE-OFF akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Status Kelayakan dan Bayaran SARA ONE-OFF RM100 boleh disemak di Portal MyKasih mulai 21 Ogos 2025.

CARA GUNA KREDIT BANTUAN MYKAD RM 100

Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR atau SARA ONE-OFF RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment