SARA UNTUK SEMUA (RM100 ONE OFF 2025) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE SEKARANG
Bantuan SARA secara one off (sekaligus) secara tanpa tunai akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bantuan 100 mykad one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF : (TERBARU 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
CARA PELAKSANAAN SARA UNTUK SEMUA
Bantuan SARA one off RM100 akan disalurkan ke MyKad penerima untuk membeli pelbagai jenis kategori barangan keperluan asas di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.
SIAPAKAH LAYAK SARA UNTUK SEMUA
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one off (sekaligus) RM100 seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dengan sekali bayaran dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PENYALURAN SARA UNTUK SEMUA
Pembayaran bantuan RM100 SARA one off seperti berikut:
- Tarikh Bayaran : 31 Ogos 2025 (Ahad)
- Tempoh sah : 31 Ogos 2025 (Ahad) sehingga 31 Disember 2025 (Rabu)
Bantuan RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA UNTUK SEMUA SECARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara