SARA TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Berdasarkan pembentangan belanjawan 2026, RM100 one-off bakal diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak bagi tahun 2026 sebagai bantuan tambahan untuk persiapan sambutan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan status sara tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS ANDA SEGERA
APA ITU SARA TAMBAHAN 2026?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tambahan merujuk kepada SARA one-off (sekaligus) sebanyak RM100 yang akan dilaksanakan pada pertengahan Februari tahun 2026, sebagai persiapan sambutan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Pelaksanaan bantuan adalah seperti berikut :
- Semua Warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) baka menerima bantuan;
- Bantuan disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima di bawah Program SARA;
- Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar SARA.
KADAR BANTUAN SARA TAMBAHAN 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan kepada penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH | SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM100 (Pertengahan Februari) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) | RM100 (Pertengahan Februari) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) | RM100 (Pertengahan Februari) |
Catatan : Bantuan SARA one-off bukan sahaja akan diberikan untuk SARA eKasih dan SARA bukan eKasih, tetapi turut diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan dan status.
SARA TAMBAHAN 2026
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF): Pertengahan Februari 2026
- Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MANFAAT SARA TAMBAHAN
Penerima SARA ONE-OFF akan menerima kredit RM100 melalui MyKad (Kad Pengenalan), dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
- Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
- Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
- Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit;
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA KREDIT
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]