SARA RM100 DALAM MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN ONE OFF 2025

SARA RM100 DALAM MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN ONE OFF 2025

Hampir 22 juta rakyat dewasa Malaysia akan menerima bantuan RM100 secara one-off di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang boleh digunakan sehingga akhir tahun 2025.

Bagaimanakah semakan status sara untuk semua rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: DUIT BANTUAN RM100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU SARA RM100 DALAM MYKAD

SARA RM100 dalam Mykad merupakan bantuan one-off (sekali bayaran) yang disediakan oleh Kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada SEMUA rakyat Malaysia (setiap individu) tanpa mengira pendapatan, berumur 18 tahun ke atas.

Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SARA RM100 DALAM MYKAD

Bantuan RM100 akan disalurkan kepada SEMUA rakyat Malaysia 18 tahun ke atas secara automatik, tanpa sebarang permohonan diperlukan. Semakan Kelayakan Bantuan boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih bermula 21 Ogos 2025 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

BILA TARIKH PENYALURAN SARA RM100 DALAM MYKAD

Bantuan SARA RM100 one-off akan disalurkan kepada penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA GUNA SARA RM100 DALAM MYKAD

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment