SARA ONE OFF RM150 (SEMAKAN PENERIMA BANTUAN 2024)

SARA ONE OFF RM150 (SEMAKAN PENERIMA BANTUAN 2024)

Sumbangan Asas Rahmah one off akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Kadar bantuan adalah sebanyak RM300 bagi kategori Isi Rumah & RM150 bagi kategori Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.

Semakan perlu dilakukan untuk mengetahui status bantuan sama ada anda terpilih atau tidak untuk menerima bantuan ini.

Berikut disertakan maklumat lengkap mengenai SARA ONE OFF 2024 untuk panduan dan rujukan anda semua.

Bagaimanakah semakan sara one off RM150? Ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca juga: NADMA BANTUAN BANJIR (TERKINI RM1000 ONLINE)

APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF

SARA ONE OFF berbeza dengan SARA / MyKasih sebelum ini dimana bantuan ini merukaan bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Madani kepada kesemua penerima STR 2024. Penerima bantuan ini terdiri daripada kesemua penerima bantuan STR 2024, termasuklah BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Kaedah penyaluran dan pemberian bantuan ini juga berbeza dengan SARA /MyKasih dimana kaedah pembayaran adalah seperti pembayaran STR iaitu secara TUNAI, sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun penerima dan penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. Hal ini kerana kesemua penerima STR 2024 layak menerima bantuan ini, dan kadar bantuan yang disediakan adalah mengikut kategori kelayakan individu.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150/RM300

Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  2. Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  3. Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF RM150/RM300

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

TARIKH RASMI BAYARAN

Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

KADAR BANTUAN SARA RM150/RM300

Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMA STR
BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR
KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 300
Warga emas tanpa pasangan & BujangRM 150

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

1 thought on “SARA ONE OFF RM150 (SEMAKAN PENERIMA BANTUAN 2024)”

Leave a Comment