SARA ONE OFF 2026 RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan SARA RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia akan dilaksanakan bagi tahun 2026 sempena Ramadhan dan Sambutan Tahun Baharu Cina yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Bagaimanakah semak status sara one off 2026 rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN EKASIH 2026 RM2400 : PEMOHON YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN AKAN TERIMA BAYARAN
APA ITU SARA ONE OFF RM100
Bantuan SARA ONE-OFF ialah inisiatif Kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua rakyat Malaysia sebanyak RM100 secara sekali pelaksanaan bayaran (ONE-OFF) bagi meringankan kos sara hidup yang dihadapi.
SARA ONE-OFF diteruskan lagi pada tahun 2026, untuk membantu rakyat Malaysia dalam membuat persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA untuk semua (SARA ONE-OFF) |
| Kelayakan | Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) |
| Jumlah Bantuan | RM100 ONE-OFF (Sekali Bayaran) |
| Cara Pelaksanaan | Bantuan dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Tarikh Pelaksanaan SARA ONE-OFF | 9 Februari 2026 |
PERMOHONAN SARA ONE OFF 2026 RM100
Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan, iaitu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan), termasuk penerima sedia ada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan.
SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF RM100
Status Kelayakan Penerima SARA ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | SARA untuk semua (SARA ONE-OFF) |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
MANFAAT SARA ONE OFF RM100
Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minuman;
- Makanan Dalam Tin;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah.
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih seperti :
- Pasar Raya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit: 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA KREDIT SARA ONE OFF RM100
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf