SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100)
Terkini! Dalam belanjawan 2026, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan sara one-off kepada semua rakyat dewasa Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sebagai persiapan sambutan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan status sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025 : SEMAK BILAKAH TAMAT TEMPOH
APA ITU SARA ONE OFF 2026?
Kerajaan bakal meneruskan lagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekaligus) pada tahun 2026 kepada setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 sebagai persiapan sambutan bulan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Pelaksanaan bantuan adalah seperti berikut :
- Dilaksanakan di bawah Program SARA;
- Disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Boleh digunakan untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar SARA.
RINGKASAN PELAKSANAAN SARA 2026
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
Penerima STR & Berstatus eKasih
- Kategori Isi Rumah : RM2,400 (RM200 Sebulan)
- Kategori Bujang : RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,800 (RM150 Sebulan)
Penerima STR Sahaja (Bukan eKasih)
- Kategori Isi Rumah : RM1,200 (RM100 Sebulan)
- Kategori Bujang : RM600 (RM50 Sebulan)
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan : RM600 (RM50 Sebulan)
STR & Bukan STR (SARA ONE-OFF)
- Semua Rakyat Malaysia 18 tahun ke atas : RM100 (Februari 2026)
SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA SARA ONE OFF
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]