SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200/RM900/RM600
Peruntukan bagi pelaksaan Bantuan SARA di bawah program MyKasih akan ditambahbaik dan ditingkatkan bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan rentan mudah terkesan untuk menampung kos sara hidup setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan status bantuan sara mykasih setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BTR FASA 1 (CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)
SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2025
Pelaksanaan Bantuan SARA di bawah program MyKasih yang disalurkan setiap bulan adalah untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, kelengkapan kebersihan, peralatan persekolahan dan sebagainya.
Ia disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima yang mana boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai di lebih 600 kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.
KADAR KREDIT SARA MYKASIH SETIAP BULAN 2025
Bantuan Sara MyKasih pada tahun 2025 akan dikreditkan dengan kadar seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun).
- Warga Emas : RM100 setiap bulan (RM1,200 setahun).
- Bujang : RM50 setiap bulan (RM600 setahun).
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM900 setahun).
- Warga Emas : RM50 setiap bulan (RM450 setahun).
- Bujang : RM0.
TEMPOH PENGKREDITAN SARA MYKASIH 2025
Pengkreditan Bantuan Sara MyKasih pada tahun 2025 adalah selama tempoh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima Miskin dan Miskin Tegar | Selama 12 bulan |
Penerima Asas Bukan Miskin | Selama 9 bulan |
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH 2025
Ikuti panduan semakan status Sara MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.