SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Hampir kesemua golongan B40 dan M40 layak untuk menerima inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih melalui MyKad pada setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan (bergantung kelayakan penerima).

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima SARA MyKasih dalam MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

INISIATIF SARA MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Kerajaan MADANI telah melaksanakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih secara bersasar pada setiap bulan bagi membantu rakyat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas.

Selain itu, Kerajaan juga telah menambah baik kaedah penyaluran iaitu Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima di seluruh Malaysia dengan menyalurkannya secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima.

JADUAL KREDIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD

Pengkreditan Bantuan SARA MyKasih ke dalam MyKad penerima adalah berdasarkan jadual berikut :

TARIKH KREDIT
SARA MYKASIH
DALAM MYKAD
JUMLAH KREDIT KEPADA
PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
JUMLAH KREDIT KEPADA
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Pengkreditan Sesi 1 :

15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
Pengkreditan Sesi 2 :

01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM50
Bujang : –

CARA GUNA SARA MYKASIH DALAM MYKAD

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad untuk membuat pembelian seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli berdasarkan label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  3. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan ‘Penerima Bantuan’.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih.
  5. Masukkan 6 digit nombor PIN MyKad yang anda tetapkan.
  6. Bayaran akan disahkan dan resit akan diberikan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025

Layari pautan Portal Rasmi SARA MyKasih di bawah untuk menyemak status kelayakan penerima :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
MyKasih
https://mykasih.com.my
  1. Pada halaman utama Portal Rasmi MyKasih, klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  2. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD

Status bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad hanya boleh disemak melalui aplikasi MyKasih. Sila muat turun aplikasi rasmi MyKasih dan ikuti panduan semakan seperti berikut :

MUAT TURUN APLIKASI RASMI
MyKasih
  1. Apabila selesai muat turun aplikasi rasmi MyKasih, buka aplikasi tersebut.
  2. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment