SARA 2026 TARIKH BAYAR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC SETIAP BULAN (RM100 & RM200 & RM50)

SARA 2026 TARIKH BAYAR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC SETIAP BULAN (RM100 & RM200 & RM50)

Terkini! Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk tahun 2026 dengan peningkatan kadar pembayaran serta penambahbaikan, membolehkan lebih ramai bakal menerima bantuan secara bulanan dalam bentuk barangan asas berbanding tahun sebelum ini.

Artikel ini menyediakan maklumat lengkap mengenai tarikh bayar bulanan SARA 2026, kadar bayaran bulanan, serta panduan semakan status kelayakan penerima secara online.

Bilakah tarikh bayar sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN SYUKUR SABAH 2026 : SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN SARA 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

TARIKH BAYAR SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan setiap bulan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk perbelanjaan barangan MyKasih seperti berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR
9 Januari 2026
(Isi Rumah & Warga Emas)

16 Januari 2026
(Bujang)
31 Disember 2026

AMAUN SARA 2026 DI BAYAR

Jumlah kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

  • SARA EKASIH
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM200 Sebulan
(Januari – Disember)
RM2,400 Setahun
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM150 Sebulan
(Januari – Disember)
RM1,800 Setahun
BujangRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM1,200 Setahun
  • SARA BUKAN EKASIH
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM1,200 Setahun
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM600 Setahun
BujangRM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM600 Setahun

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Semakan Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : Januari 2026
    • Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
    • Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
  9. ⁠Selesai.

Cara Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf

Leave a Comment