SEMAK BANTUAN RAHMAH : BAYARAN BULANAN 2026
Bayaran bulanan Bantuan Rahmah (Sumbangan Asas Rahmah) ini khas kepada seramai 8.1 juta penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang supaya dapat menikmati keperluan asas harian.
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan Rahmah bulanan? Untuk info lebih lanjut, rujuk di bawah.
BACA JUGA : MYSALAM SEMAK KELAYAKAN – TUNTUTAN BAYARAN
CARA BAYARAN BANTUAN RAHMAH
Hanya satu (1) cara sahaja pembayaran Bantuan Rahmah dilaksanakan untuk memudahkan rakyat menerima bayaran dan menggunakannya seperti berikut :
| CARA BAYARAN | CARA PENGGUNAAN |
|---|---|
| Terima bayaran secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima secara bulanan | Digunakan untuk pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Kad Pengenalan tanpa perlu buat pengeluaran tunai |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH BULANAN
Jumlah pembayaran Bantuan Rahmah secara bulanan adalah mengikut kepada kelayakan penerima dari kategori miskin tegar dan bukan miskin seperti berikut :
| JUMLAH BAYARAN (PENERIMA MISKIN TEGAR) | JUMLAH BAYARAN (PENERIMA BUKAN MISKIN) |
|---|---|
| Isi Rumah : RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
| Warga Emas : RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
| Bujang : RM100 setiap bulan | Bujang : RM50 setiap bulan |
JADUAL BAYARAN BANTUAN RAHMAH BULANAN
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Rahmah secara bulanan untuk sepanjang tahun 2026 :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Rahmah untuk bayaran bulanan boleh disemak secara terus melalui portal rasmi seperti bawah :
- Sila klik pada pautan portal rasmi di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama SARA Rahmah.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 500230112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan tandakan pada :
- Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Alamat E-mel : [email protected]
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.