SARA 2026 SEMAK BAKI : CHECK DUIT BANTUAN MYKASIH YANG MASUK DALAM MYKAD PENERIMA YANG LULUS
Terkini! YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Kementerian Kewangan (MOF), Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan akan disalurkan seawal bulan Januari 2026, dan akan memanfaatkan seramai 8.1 juta Rakyat Malaysia termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Bagaimanakah semak baki sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 | Lulus dan Penerima STR 2026 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan |
| Penerima eKasih | Berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan Semasa (PGK); dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
Kelayakan SARA MyKasih adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan Sistem eKasih 2026.
SEMAK BAKI SARA 2026
Baki bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM SARA 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| SARA BULANAN (Berstatus eKasih & Bukan eKasih) | 9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan) 16 Januari 2026 (Bujang) |
| SARA ONE-OFF (Sekali Bayar) | 9 Februari 2026 |
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
SEMAK JUMLAH KELAYAKAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF |
| Bujang | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF |
Setiap Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 ONE-OFF dalam MyKad (Kad Pengenalan) secara automatik sebagai bantuan untuk persiapan sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
CARA GUNA DUIT BAKI SARA 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
| LANGKAH | CARA BERBELANJA |
|---|---|
| Langkah Pertama | Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) |
| Langkah Kedua | Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda |
| Langkah Ketiga | Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga |
| Langkah Keempat | Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih |
| Langkah Kelima | Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih |
| Langkah Keenam | Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad |
| Langkah Ketujuh | Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad |
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart); dan
- Kedai Runcit berdaftar
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf