SARA 100 ONE OFF : (TERKINI 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar mengumumkan satu bantuan baharu kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas iaitu bantuan SARA one off (sekaligus bayaran) sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara 100 one off terkini 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA UNTUK SEMUA (RM100 ONE OFF 2025) : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE SEKARANG
SIAPAKAH LAYAK SARA 100 ONE OFF
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one off (sekaligus) RM100 seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT SARA 100 ONE OFF
Bantuan SARA one off RM100 akan disalurkan ke MyKad penerima untuk penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.
TARIKH KREDIT BAYARAN SARA 100 ONE OFF
Bantuan RM100 one-ff akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 (Ahad) boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SARA 100 ONE OFF ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara