RM100 ONE OFF DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

RM100 ONE OFF DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Sebanyak 4,100 kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia boleh menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad semua rakyat dewasa di Malaysia.

Bagaimanakah semak status penerima RM100 one off dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA UNTUK SEMUA 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH KREDIT RM100 ONE OFF DALAM MYKAD 20256

Kerajaan akan mula mengkreditkan Bantuan RM100 secara one-off ke dalam MyKad semua rakyat bermula pada tarikh :

  • 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

KRITERIA PENERIMA RM100 ONE OFF DALAM MYKAD 2025

Bantuan RM100 dikreditkan ke dalam MyKad secara one-off adalah khas untuk yang menepati kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

KEGUNAAN RM100 DALAM MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas dan penerima boleh memilih barangan keperluan asas berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

CARA GUNA RM100 DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan cara guna Bantuan RM100 dalam MyKad :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli mengikut label ‘MyKasih’ yang dipaparkan.
  3. Pergi ke kaunter yang menerima bayaran menggunakan MyKad.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  5. Juruwang akan imbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Masukkan nombor 6 digit terakhir Pin MyKad atau yang telah ditetapkan.
  7. Selesai.

SEMAK STATUS PENERIMA RM100 ONE OFF DALAM MYKAD 2025

Ikuti cara semak status penerima Bantuan SARA dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment