RAYUAN STR 2026 : CARA MOHON RAYUAN BANTUAN STR FASA 1 2026 JIKA STATUS ANDA TIDAK LAYAK
Permohonan yang memenuhi syarat kelayakan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tetapi berstatus ‘Tidak Layak’, boleh membuat permohonan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan untuk anda terus menerima bantuan ini.
Bagaimanakah cara mohon rayuan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2026 CHECK BALANCE : SEMAK BAKI BANTUAN SARA MYKASIH MASUK KE DALAM IC PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
RAYUAN STR 2026
Sekiranya permohonan menunjukkan status ‘Tidak Lulus’ bagi Fasa 1 pembayaran, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari 2026 (Isnin) sehingga 13 Februari 2026 (Jumaat).
Rayuan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi MySTR :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
JUMLAH KELAYAKAN BAYARAN STR 2026
Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (Berkahwin Ada dan Tiada Anak / ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
- Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Berusia 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
| Bujang (Berusia 21 sehingga 59 tahun) | Bantuan digantikan dengan SARA 2026 |
Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (1, 2, 3, 4) belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
CARA PEMBAYARAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]