PLKN 2026 : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA TAWARAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1 TAHUN 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diteruskan lagi untuk Siri 1/2026 dengan konsep dan format baharu menggunakan modul latihan asas ketenteraan yang yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan dan modul asas kenegeraan.
Bagaimanakah semakan status nama penerima tawaran plkn 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BILAKAH TARIKH SEMAKAN STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BAGI FASA 1
PENGENALAN PLKN 2026
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah mengumumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diterukan untuk TAHUN 2026. Setiap rakyat Malaysia yang terpilih wajib menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut tarikh yang ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0, siri 1/2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini;
TARIKH & LOKASI KEMASUKAN PLKN 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri Pertama akan dilaksanakan seperti berikut :
PLKN SIRI 1/2026 :
- Tarikh : 17 Januari 2026 – 03 Mac 2026
- Lokasi Latihan :
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW),
Kuala Lumpur; dan - Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW),
Pekan Pahang.
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW),
SEMAKAN TAWARAN PELATIH PLKN 2026
Status tawaran Pelatih Siri 1/2026 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
- Kemudian, Klik [Semak].
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 25 Disember 2025 (Khamis) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh ujuk panduan Manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 29 Disember 2025 (Isnin) untuk semakan status terkini.
INFO TAMBAHAN
Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu diingatkan oleh para pelatih terpilih :
- Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
- Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara;
- Tempoh PLKN adalah selama 45 hari;
- Elaun harian sebanyak RM8 digantikan dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
DOKUMEN WAJIB
Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib disediakan oleh pelatih, antaranya :
- Surat tawaran / surat melapor diri;
- Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
- Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
- Borang Perakuan Kesihatan;
- Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 1/2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-40133612 / 03-40133613
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi: https://jlkn.mod.gov.my/